MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8 ( 2010 )

Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid SKBSB dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8

Tarikh : 31 Januari 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka ( Dataran Gemilang ) SK Bandar Sungai Buaya.

Bersama ini disertakan Notis Mesyuarat Agung PIBG Tahunan Kali Ke 8

DARI AYAHANDA HASIM BIN SALEH (Guru Besar SKBSB)

Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.

Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kerana Unit ICT
berjaya mengendalikan Laman Blog. Kepada pengunjung-pengunjung, saya ucapkan
selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman ini. Semoga saudara saudari semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal bertambah mesra. Apabila sudah saling kenal mengenal, maka lebih mudahlah untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan permasalahan jika ada. Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru.

Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.

DARI GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Assallamualaikum dan Salam sejahtera.

Dikesempatan ini saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat kita bertemu di alam maya ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit ICT SKBSB atas pelancaran blog rasmi SKBSB. Ini merupakan satu kesempatan untuk memperkenalkan SK Bandar Sungai Buaya melalui gambaran maya laman web. Saya percaya dengan kegigihan dan usaha yang dibina, kita dapat bersama-sama menjunjung dan meningkatkan kualiti bagi meneruskan agenda pembangunan serta memacu SKBSB ke arah kecemerlangan memperkasakan modal insan.

Laman web ini direkabentuk untuk menyampaikan informasi terkini aktiviti-aktiviti dan perancangan SKBSB kepada anda semua secara lebih efisien dan konsisten. Penganjuran aktiviti yang kompetitif, kegigihan kakitangan yang kian kukuh, kerjasama erat para ibubapa menjadikan SKBSB sebuah institusi ilmu yang terkehadapan.

DARI GURU PENOLONG KANAN HEM


Assallamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahua Ta'ala kerana kita ditemukan di ruang virtual ini. Saya mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada unit ICT yang berjaya menghasilkan Blog SK Bandar Sungai Buaya yang bakal memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga sekolah. Disamping memperkenalkan sekolah dari ruang maya ini. Kewujudan blog ini akan menjadi laluan komunikasi yang efektif dimana pihak awak dapat menerima maklumat berkaitan dengan sekolah dengan lebih tepat. Dalam zaman dunia maya tanpa sempadan ini, murid-murid telah didedahkan dengan berbagai bentuk sumber informasi yang berguna dalam pembelajaran sesuai dengan seperti yang dikehendaki dalam Teras 2 PIPP : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". Laman Blog ini dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan bagi mengisi keperluan Negara Maju 2020 dan melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran komunikasi,pelbagai kemahiran ICT dan maju serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah sangat-sangat diharapkan Laman Blog ini akan mengeratkan lagi hubungan warga sekolah dengan pihak luar khasnya ibubapa dan ini akan memantapkan lagi sistem pendidikan. Maklumat terkini yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid akan dapat disalurkan dengan lebih tepat dan cepat. Akhir kata saya mengucapkan syabas kepada tenaga-tenaga kerja ICT SKBSB yang tanpa mengira penat lelah berjaya menghasilkan Laman Blog ini.

DARI GURU PENOLONG KOKURIKULUM

Assalamualaikum W.B.K.......
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNyalah maka pada hari ini kita dapat menyaksikan sejarah tersurat, di mana SK Bandar Sg Buaya telah menempa nama mencipta Blognya yang tersendiri. Umum mengetahui bahawa pentingnya sesebuah institusi itu mempamerkan kepada masyarakat tentang apa sahaja yang perlu diketahui, apatah lagi institusi itu merupakan sebuah sekolah yang mendidik anak bangsa di peringkat usia kanak-kanak.

Sememangnyalah warga SK Bandar Sg Buaya amat bertuah dan berbangga apabila kita menjadi antara sekolah yang sentiasa berusaha menerajui bidang IT serta dapat seiring dengan proses pembangunan Modal Insan demi Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Melalui blog ini, adalah diharapkan seluruh warga SK Bandar Sg Buaya khasnya serta masyarakat keseluruhan amnya, mendapat pelbagai maklumat mengenai sekolah ini dengan hanya memetik butang pada komputer dan ianya dapat dilayari walau di mana kita dan meraka berada.

Tahniah kepada Unit ICT SK Bandar Sg Buaya kerana telah berjaya menerbitkan Laman Blog ini, terutama kepada peneraju utama program ini, iaitu Encik Nor Juharis Bin Ishak serta Jawatankuasa kerja unit ini.

DARI GURU PENOLONG KANAN PETANG

Assalammualaikum wm wb dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah segala puji bagi Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka SK Bandar Sungai Buaya telah dapat menerbitkan laman web yang buat julung kalinya pada tahun ini dengan kerjasama yang dijalainkan dengan unit ICT sekolah. Pihak pengurusan sesi petang amat berbangga dan amat menghargai di atas segala usaha yang digembelingkan bagu menghasilkan laman web ini.
Dengan adanya laman web ini maka akan berkembanglah minda dikalangan pelajar dan warga sekolah ini, Diharapkan pelajar akan dapat memanfaatkan halaman yang akan disediakan dengan menghantar idea-idea dan buah fikiran. Ia juga dapat memberikan pengetahuan yang asas mahupun yang rutin berhubung dengan sekolah ini.
Sekian.Wassalammualaikum wm wb. Selamat maju jaya SKBSB.

MAJLIS PEMUAFAKATAN KECEMERLANGAN UPSR 2010

MAJLIS PEMUAFAKATAN KECEMERLANGAN UPSR 2010

Perjumpaan telah diadakan dengan ibu bapa murid tahun lima pada 25 Jun 2009. Seramai 110 orang ibu bapa murid telah hadir yang turut disertai Yang Dipertua PIBG Tuan Hj Fadglullah. Pihak sekolah di wakili oleh para Guru kanan dan guru yang mengajar tahun lima.

Matlamat perjumpaan diadakan adalah supaya ibu bapa mendapat penerangan mengenai pencapaian murid tahun lima dan perancangan yang akan dibuat oleh pihak sekolah sebagai persediaan kepada murid tahun lima yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2010.

Guru Penolong Kanan Kurikulum telah memberikan penerangan mengenai pencapaian murid tahun lima dalam ujian dan peperiksaan yang telah dilalui oleh murid.

Guru-guru subjek teras turut memberikan penjelasan mengenai pencapaian murid dalam subjek berkenaan. Usaha dan langkah penambahbaikan akan dilakukan bagi mengatasi kelemahan yang ada di samping memohon sokongan ibu bapa dalam membantu anak-anak dirumah agar segala bimbingan dan dorongan terus ada kesinambungan. Segala usaha untuk memastikan kecemerlangan murid sekolah ini memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua ibu bapa.

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid tahun lima pada tahun ini serterusnya sebagai persiapan menghadapi UPSR yang bakal ditempuh tahun hadapan, pihak sekolah akan mengadakan kelas bimbingan.

Kelas bimbingan akan diadakan pada 29 Jun 2009. Kelas tersebut akan diadakan pada Isnin dan Selasa pada jam 8.00 malam hingga 10.00 serta pada hari Sabtu ( kecuali Sabtu minggu pertama ) jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Para ibu bapa yang hadir telah bersetuju dengan cadangan pihak sekolah untuk mengadakan program-program yang telah dirancang untuk kecemerlangan murid-murid sebagai langkah persediaan menghadapi UPSR pada 2010.

Soal jawab juga telah diadakan sebagai maklum balas daripada ibu bapa terhadap permasalah pembelajaran anak-anak. Kebanyakan ibu bapa meluahkan rasa bimbang terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam subjek UPSR dan mencadangkan pihak sekolah mengambil langkah awal bagi mengatasi masalah ini.

Perjumpaan ditamatkan pada jam 9.45 pagi memandangkan ibu bapa perlu bertemu dengan guru kelas anak-anak mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan.

KEKUATAN :

1. Majlis yang diadakan dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun.

2. Para ibu bapa mendapat maklumat mengenai aktiviti yang dirancang oleh

Pihak sekolah.

3. Pihak sekolah dapat memaklumkan program dan perancangan yang akan

Dilaksanakan oleh pihak sekolah.

4. Perbincangan dapat diadakan di antara ibu bapa murid dengan guru-guru

Murid tahun lima.

5. Para ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan

pelajaran anak-anak murid tahun lima.

KELEMAHAN

1. Masa perjumpaan yang terlalu singkat menyebabkan perbincangan yang

diadakan begitu terhad dan tidak menyeluruh.

2. Penerangan daripada guru tidak menyeluruh kerana masa yang begitu terhad.

PENAMBAHBAIKAN YANG DICADANGKAN

1. Program yang diadakan memerlukan peruntukan masa yang sesuai agar penerangan dan perbincangan yang

diadakan lebih menyeluruh.

2. Satu slot motivasi ibu bapa boleh disediakan untuk ibu bapa dalam program yang diadakan.

3. Program yang diadakan mungkin lebih sesuai diadakan pada hujung minggu agar ibu bapa dalam keadaan

yang tenang dan bersedia









.

CALON UPSR YANG MENDAPAT 5A MENGIKUT TAHUN





PENTADBIRAN

Sila klik pada gambar untuk dibesarkan....

SENARAI NAMA GURU & STAF 2010

Sila klik pada jadual dibawah untuk dibesarkan.........




KURIKULUM

Sila klik pada jadual untuk dibesarkan...


ANALISA KEPUTUSAN UPSR ANTARA TAHUN



Sila klik pada gambar untuk dibesarkan....

AKTIVITI KECEMERLANGAN UPSR 2009

AKTIVITI KECEMERLANGAN UPSR 2009

Sila klik pada jadual di bawah untuk dibesarkan....

KOKURIKULUM

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBSB 2009


Kejohanan Olahraga Tahunan SKBSB kali ke 7 telah diadakan pada 1 Mac 2009 hari ahad, bertempat di padang SMK Bandar Sg Buaya. Kejohanan tersebut telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Guru Besar SKBSB En Hasim Bin Saleh, manakala upacara penutupannya telah disempurnakan oleh YDP PIBG Tuan Hj Fadgullah Bin Ibrahim. Pelbagai acara olahraga telah dipertandingkan melibatkan murid-murid dari tahun 3 hingga tahun 6, kanak-kanak pra sekolah serta murid-murid pendidikan khas.
Dalam kejohanan tersebut adik Musa Zulkarnain dari rumah wira telah dinobatkan sebagai olahragawan manakala olahragawatinya pula disandang oleh adik Nina Shahirah dari rumah satria.
Dalam acara perbarisan rumah sukan, Rumah Satria telah muncul sebagai johan, manakala pasukan Kadet Remaja Sekolah telah merangkul johan bagi acara perbarisan unit beruniform.
Johan keseluruhan kejohanan olahraga tahunan kali ke 7 SK Bandar Sungai Buaya telah disandang oleh Rumah Wira, Naib Johannya pula ialah Rumah Perdana, diikuti oleh tempat ketiga Rumah Kembara manakala Rumah Satria dan Iswara masing-masing ditempat ke 4 dan ke 5.





































Sukan Tahunan Kali ke-7 SKBSB telah dilangsungkan pada 1 Mac 2009 bertempat di padang SMK Bandar Sungai Buaya. Kejohanan