Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2010
PENGUMUMAN
Dimaklumkan bahawa hari persekolahan ganti akan diadakan pada 22.5.2010 menggunakan jadual hari Isnin
Posted by SELAMAT DATANG at 2:17 AM 0 comments
Pendaftaran Tahun 1 bagi 2011 dan 2012 ( secara on-line
Adalah dimaklumkan mulai Tahun 2011 dan seterusnya, pendaftaran murid Tahun 1 adalah
secara on-line. Bersama ini disertakan pekeliling atau arahan tentang pendaftaran secara ON-LINE
No. Telefon SKBSB : 03-60284358
sila klik pada imej untuk membesarkan imej
Posted by SELAMAT DATANG at 6:18 PM 5 comments
KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SELANGOR 2010
Tahniah kepada 4 orang murid kita yang telah dipilih menyertai pasukan Daerah Hulu Selangor untuk menyertai Kejohanan Olahraga MSS Selangor
Tarikh : 20 hingga 23 April 2010
Tempat : MBPJ Petaling Jaya
Murid yang terlibat:
1. Muhammad Haziq Salman
2. Muhammad Asyrani Azmi
3. Nor Syafiqah Adliena Nor Azman
4. Siti Nurhamidatul Nazihah Mohd Zahari
Semoga murid-murid ini berjaya dalam acara yang disertai
Posted by SELAMAT DATANG at 8:35 PM 1 comments
SEKOLAH GANTI
PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN MURID-MURID SK BANDAR SUNGAI BUAYA
SEKOLAH GANTI
TARIKH: 24 APRIL 2010
JADUAL WAKTU HARI ISNIN
Posted by SELAMAT DATANG at 5:08 PM 0 comments
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PELANCARAN PEMBERIAN GERAN PERMULAAN KEPADA PRASEKOLAH SWASTA DI BAWAH NATIONAL KEY RESULTS AREAS (NKRA)
Tarikh : 2 April 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : SK Bandar Sungai Buaya
Pengerusi : Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted by SELAMAT DATANG at 5:00 PM 0 comments
Mesyuarat Guru Besar Daerah Hulu Selangor
Tarikh : 24hb March 2010
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBSB
Pihak sekolah dengan berbesar hati mengalukan kedatangan guru besar bagi daerah Hulu Selangor ke SKBSB. kami warga SKBSB mengucapkan selamat datang.
Posted by SELAMAT DATANG at 9:51 PM 0 comments
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8 ( 2010 )
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid SKBSB dijemput hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8
Tarikh : 31 Januari 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka ( Dataran Gemilang ) SK Bandar Sungai Buaya.
Bersama ini disertakan Notis Mesyuarat Agung PIBG Tahunan Kali Ke 8
Posted by SELAMAT DATANG at 2:12 AM 1 comments
DARI AYAHANDA HASIM BIN SALEH (Guru Besar SKBSB)
Assalamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.
Saya merakam ucapan jutaan terima kasih dan syabas kerana Unit ICT
berjaya mengendalikan Laman Blog. Kepada pengunjung-pengunjung, saya ucapkan
selamat datang dan merasa gembira apabila melayari laman ini. Semoga saudara saudari semua dapat mengenali Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya dan warganya dengan lebih dekat lagi. "Tak kenal maka tak cinta" dah kenal bertambah mesra. Apabila sudah saling kenal mengenal, maka lebih mudahlah untuk kita menyelesaikan banyak perkara dan permasalahan jika ada. Melalui perkongsian ilmu, pengetahuan, pengalaman, kemahiran juga kepakaran, kita akan buat banyak penambahbaikan untuk lebih keberkesanan terutama dalam hal-hal pembelajaran murid dan pengajaran guru.
Era Teknologi masa kini sangat banyak membantu, terutama kepada murid-murid dan ibu bapa di rumah. Proses pembelajaran bukan sahaja berlangsung di dalam bilik darjah, malah boleh berlaku secara tidak langsung di luar bilik darjah asalkan kita dapat mengakses maklumat yang begitu banyak tersebar secara meluas.
Posted by SELAMAT DATANG at 5:55 PM 30 comments
DARI GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Assallamualaikum dan Salam sejahtera.
Dikesempatan ini saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat kita bertemu di alam maya ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit ICT SKBSB atas pelancaran blog rasmi SKBSB. Ini merupakan satu kesempatan untuk memperkenalkan SK Bandar Sungai Buaya melalui gambaran maya laman web. Saya percaya dengan kegigihan dan usaha yang dibina, kita dapat bersama-sama menjunjung dan meningkatkan kualiti bagi meneruskan agenda pembangunan serta memacu SKBSB ke arah kecemerlangan memperkasakan modal insan.
Laman web ini direkabentuk untuk menyampaikan informasi terkini aktiviti-aktiviti dan perancangan SKBSB kepada anda semua secara lebih efisien dan konsisten. Penganjuran aktiviti yang kompetitif, kegigihan kakitangan yang kian kukuh, kerjasama erat para ibubapa menjadikan SKBSB sebuah institusi ilmu yang terkehadapan.
Posted by SELAMAT DATANG at 2:43 PM 11 comments
DARI GURU PENOLONG KANAN HEM
Assallamualaikum wm. wb. dan Salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahua Ta'ala kerana kita ditemukan di ruang virtual ini. Saya mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada unit ICT yang berjaya menghasilkan Blog SK Bandar Sungai Buaya yang bakal memberi manfaat yang besar kepada seluruh warga sekolah. Disamping memperkenalkan sekolah dari ruang maya ini. Kewujudan blog ini akan menjadi laluan komunikasi yang efektif dimana pihak awak dapat menerima maklumat berkaitan dengan sekolah dengan lebih tepat. Dalam zaman dunia maya tanpa sempadan ini, murid-murid telah didedahkan dengan berbagai bentuk sumber informasi yang berguna dalam pembelajaran sesuai dengan seperti yang dikehendaki dalam Teras 2 PIPP : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". Laman Blog ini dapat memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan bagi mengisi keperluan Negara Maju 2020 dan melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran komunikasi,pelbagai kemahiran ICT dan maju serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah sangat-sangat diharapkan Laman Blog ini akan mengeratkan lagi hubungan warga sekolah dengan pihak luar khasnya ibubapa dan ini akan memantapkan lagi sistem pendidikan. Maklumat terkini yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid akan dapat disalurkan dengan lebih tepat dan cepat. Akhir kata saya mengucapkan syabas kepada tenaga-tenaga kerja ICT SKBSB yang tanpa mengira penat lelah berjaya menghasilkan Laman Blog ini.
Posted by SELAMAT DATANG at 1:01 PM 6 comments
DARI GURU PENOLONG KOKURIKULUM
Assalamualaikum W.B.K.......
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNyalah maka pada hari ini kita dapat menyaksikan sejarah tersurat, di mana SK Bandar Sg Buaya telah menempa nama mencipta Blognya yang tersendiri. Umum mengetahui bahawa pentingnya sesebuah institusi itu mempamerkan kepada masyarakat tentang apa sahaja yang perlu diketahui, apatah lagi institusi itu merupakan sebuah sekolah yang mendidik anak bangsa di peringkat usia kanak-kanak.
Sememangnyalah warga SK Bandar Sg Buaya amat bertuah dan berbangga apabila kita menjadi antara sekolah yang sentiasa berusaha menerajui bidang IT serta dapat seiring dengan proses pembangunan Modal Insan demi Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Melalui blog ini, adalah diharapkan seluruh warga SK Bandar Sg Buaya khasnya serta masyarakat keseluruhan amnya, mendapat pelbagai maklumat mengenai sekolah ini dengan hanya memetik butang pada komputer dan ianya dapat dilayari walau di mana kita dan meraka berada.
Tahniah kepada Unit ICT SK Bandar Sg Buaya kerana telah berjaya menerbitkan Laman Blog ini, terutama kepada peneraju utama program ini, iaitu Encik Nor Juharis Bin Ishak serta Jawatankuasa kerja unit ini.
Posted by SELAMAT DATANG at 1:00 PM 0 comments
DARI GURU PENOLONG KANAN PETANG
Assalammualaikum wm wb dan salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah segala puji bagi Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka SK Bandar Sungai Buaya telah dapat menerbitkan laman web yang buat julung kalinya pada tahun ini dengan kerjasama yang dijalainkan dengan unit ICT sekolah. Pihak pengurusan sesi petang amat berbangga dan amat menghargai di atas segala usaha yang digembelingkan bagu menghasilkan laman web ini.
Dengan adanya laman web ini maka akan berkembanglah minda dikalangan pelajar dan warga sekolah ini, Diharapkan pelajar akan dapat memanfaatkan halaman yang akan disediakan dengan menghantar idea-idea dan buah fikiran. Ia juga dapat memberikan pengetahuan yang asas mahupun yang rutin berhubung dengan sekolah ini.
Sekian.Wassalammualaikum wm wb. Selamat maju jaya SKBSB.
Posted by SELAMAT DATANG at 12:50 PM 1 comments
MAJLIS PEMUAFAKATAN KECEMERLANGAN UPSR 2010
MAJLIS PEMUAFAKATAN KECEMERLANGAN UPSR 2010
Perjumpaan telah diadakan dengan ibu bapa murid tahun
Soal jawab juga telah diadakan sebagai maklum balas daripada ibu bapa terhadap permasalah pembelajaran anak-anak. Kebanyakan ibu bapa meluahkan rasa bimbang terhadap pencapaian anak-anak mereka dalam subjek UPSR dan mencadangkan pihak sekolah mengambil langkah awal bagi mengatasi masalah ini.
Perjumpaan ditamatkan pada jam 9.45 pagi memandangkan ibu bapa perlu bertemu dengan guru kelas anak-anak mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan.
1. Majlis yang diadakan dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa murid tahun.
2.
Pihak sekolah.
3. Pihak sekolah dapat memaklumkan program dan perancangan yang akan
Dilaksanakan oleh pihak sekolah.
4. Perbincangan dapat diadakan di antara ibu bapa murid dengan guru-guru
Murid tahun
5.
pelajaran anak-anak murid tahun
KELEMAHAN
1. Masa perjumpaan yang terlalu singkat menyebabkan perbincangan yang
diadakan begitu terhad dan tidak menyeluruh.
2. Penerangan daripada guru tidak menyeluruh kerana masa yang begitu terhad.
PENAMBAHBAIKAN YANG DICADANGKAN
1. Program yang diadakan memerlukan peruntukan masa yang sesuai agar penerangan dan perbincangan yang
diadakan lebih menyeluruh.
2. Satu slot motivasi ibu bapa boleh disediakan untuk ibu bapa dalam program yang diadakan.
3. Program yang diadakan mungkin lebih sesuai diadakan pada hujung minggu agar ibu bapa dalam keadaan
yang tenang dan bersedia



.
Posted by SELAMAT DATANG at 5:35 PM 0 comments
Posted by SELAMAT DATANG at 11:52 PM 0 comments
KOKURIKULUM
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBSB 2009
Kejohanan Olahraga Tahunan SKBSB kali ke 7 telah diadakan pada 1 Mac 2009 hari ahad, bertempat di padang SMK Bandar Sg Buaya. Kejohanan tersebut telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Guru Besar SKBSB En Hasim Bin Saleh, manakala upacara penutupannya telah disempurnakan oleh YDP PIBG Tuan Hj Fadgullah Bin Ibrahim. Pelbagai acara olahraga telah dipertandingkan melibatkan murid-murid dari tahun 3 hingga tahun 6, kanak-kanak pra sekolah serta murid-murid pendidikan khas.
Dalam kejohanan tersebut adik Musa Zulkarnain dari rumah wira telah dinobatkan sebagai olahragawan manakala olahragawatinya pula disandang oleh adik Nina Shahirah dari rumah satria.
Dalam acara perbarisan rumah sukan, Rumah Satria telah muncul sebagai johan, manakala pasukan Kadet Remaja Sekolah telah merangkul johan bagi acara perbarisan unit beruniform.
Johan keseluruhan kejohanan olahraga tahunan kali ke 7 SK Bandar Sungai Buaya telah disandang oleh Rumah Wira, Naib Johannya pula ialah Rumah Perdana, diikuti oleh tempat ketiga Rumah Kembara manakala Rumah Satria dan Iswara masing-masing ditempat ke 4 dan ke 5.


































Sukan Tahunan Kali ke-7 SKBSB telah dilangsungkan pada 1 Mac 2009 bertempat di padang SMK Bandar Sungai Buaya. Kejohanan
Posted by SELAMAT DATANG at 10:01 PM 1 comments

















